Monday, December 15, 2008

motivasi harian 30

For my passion towards success, i promise myself to be strong that nothing can disturb my peace of mind.

Saturday, November 1, 2008

motivasi harian 29

Disebalik setiap kegagalan, halangan atau kesukaran terdapat satu peluang. Ini kerana dalam banyak hal, sukses adalah hasil dari menukarkan kegagalan menjadi kejayaan semenjak awal lagi.

motivasi harian 28

Disiplinkan diri anda untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara berterusan sehingga ianya selesai.

motivasi harian 27

Pencemaran terhebat yang kita hadapi sekarang adalah unsur negatif. Hapuskan perilaku yang negatif dan sentiasa percaya yang anda boleh melakukan apa saja. Gantikan "jika saya boleh, saya harap, mungkin" kepada "Saya boleh, Saya akan, Saya mesti, Saya pasti"

motivasi harian 26

Jangan hadkan diri anda. Kebanyakan orang menghadkan diri mereka kepada apa yang mereka rasa mereka dapat lakukan. Sebenarnya, anda boleh pergi sejauh minda anda membenarkannya. Ingatlah, apa yang anda percaya, anda pasti akan dapat mencapainya.

motivasi harian 25

Anda boleh memiliki apa saja dalam dunia ini, jika anda benar-benar menginginkannya serta anda sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkannya.

motivasi harian 24

Lakukan pada diri anda. Dapatkan sebanyak ilmu yang anda boleh, tetapi demi Tuhan anda harus melakukan sesuatu. Jangan hanya berdiri disitu, lakukannya segera!

motivasi harian 23

Jika anda ingin menggunakan masa anda dengan sebaik-baiknya, anda perlu mengetahui apa yang paling penting dan fokus kepada ia dengan sepenuhnya.

motivasi harian 22

Keupayaan untuk fokus dan menggunakan masa dengan baik adalah segala-galanya.

motivasi harian 21

Menulis sesuatu di atas kertas adalah satu disiplin yang juga merupakan langkah pertama untuk mencapai matlamat anda.

motivasi harian 20

Anda boleh memiliki idea yang paling luar biasa, tetapi jika anda tidak dapat menyampaikannya dengan baik, idea anda tidak akan pergi ke mana-mana.

motivasi harian 19

Tidak kisahlah jika anda melakukannya secara perlahan asalkan anda tidak terus berhenti.

Friday, October 10, 2008

motivasi harian 18

Matlamat kita akan hanya dapat dikecapi melalui satu pelan, yang kita percaya tanpa sebarang keraguan dan yang kita mesti bertindak dengan penuh semangat mengikutinya. Tiada jalan lain untuk sukses.

motivasi harian 17

Saya selalu melakukan apa yang tidak dapat saya lakukan, ini adalah supaya saya dapat belajar bagaimana saya dapat melakukannya.

motivasi harian 16

Bertindak adalah kunci utama kepada semua kejayaan.

motivasi harian 15

Anda menang jika anda fikirkan anda menang, dan anda kalah jika anda fikirkan anda kalah. Ini adalah hukum alam yang memang termaktub semenjak awal lagi.

motivasi harian 14

Anda perlu mengusahakan apa yang menyakitkan anda dalam hidup ini. Semua penyelesaiannya bergantung kepada anda, jadi jangan harapkan dari orang lain.

motivasi harian 13

Kita mesti mengambil apa yang baik untuk diri kita, tidak kira dimana ianya ditemui.

Tuesday, September 23, 2008

motivasi harian 12

Jika sesuatu itu berbaloi untuk anda lakukan, laksanakannya dengan sepenuh hati anda!

Sunday, September 21, 2008

motivasi harian 11

Idea yang dikembangkan dan terus dilaksanakan adalah jauh lebih penting dari sesuatu idea yang hanya wujud sebagai satu idea.

Friday, September 19, 2008

motivasi harian 10

Jangan percaya kepada apa-apa pun, tidak kira dimana anda membacanya, atau siapa yang memberitahunya dan tidak kira jika saya yang mengatakannya - melainkan ianya masuk akal dengan sebab anda sendiri.

Wednesday, September 17, 2008

motivasi harian 9

Percaya pada diri, teruskan harapan dan perjuangan anda!

motivasi harian 8

Kegagalan adalah salah satu proses kejayaan. Lebih banyak kegagalan yang anda alami, lebih besarlah kejayaan yang bakal anda temui!

Monday, September 15, 2008

motivasi harian 7

Peranan anda adalah menerokai apakah pekerjaan anda, dan selepas itu dengan sepenuh hati anda menyerahkan diri anda ke dalamnya.

Sunday, September 14, 2008

motivasi harian 6

Kehidupan kita adalah agak mudah. Anda melakukan sesuatu kerja. Ada yang gagal, dan ada yang berhasil. Kamu bersungguh membuat mana yang lebih mendatangkan hasil. Jika ia berhasil dengan lumayan sekali, orang lain akan cepat-cepat menirunya. Selepas itu kamu membuat sesuatu yang lain pula. Tekniknya disini adalah dengan membuat sesuatu yang berbeza. 

Saturday, September 13, 2008

motivasi harian 5

Amat mengagumkan jika segalanya dilakukan dengan cepat. Dengan hanya mengetahui adalah tidak cukup, tetapi kita mesti membuatnya, dan menjadi sanggup juga tidak cukup, tetapi kita mesti melengkapkannya.

motivasi harian 4

anda akan tidur dengan gembira jika hari anda digunakan sebaik-baiknya, begitu juga jika anda menggunakan hidup anda dengan sebaik-baiknya, anda akan mati dengan gembira.

Friday, September 12, 2008

motivasi harian 3

Lakukan apa-apa sahaja kerja anda dengan mengetahui sebab yang kuat kenapa anda perlu melakukannya - hidupkannya dengan penuh semangat dan keghairahan.

motivasi harian 2

Saya melihat kejayaan itu dengan tidak memberi atau menerima sebarang alasan untuk terus maju!

Motivasi Harian 1

Amat sedikit yang dapat anda lakukan jika anda dipengaruhi oleh perasaan takut.